
Sulit
4 tahun
Sakit bawah tulang rusuk
saya menderita scoliocis lumbar mild . tapi saya tiada buat appoiment . seminggu lalu saya sakit bawah rusuk tiba tiba rasa mencucuk sakit tu menjadi makin kuat apabila saya bergerak atau baring . saya tidak boleh bernafas dalam dan semasa sakit itu muncul ambil masa berjam untuk reda tapi tetap sakit jika saya bernafas dalam . dan sekarang saya perasan setiap kali saya ingin bersin tak jadi kerna dada saya sakit seperti rusuk tidak boleh mengembang untuk proses bersin . adakah itu memang ambik masa untuk sembuh ? krana minggu lepas saya ada pergi klinik doktor cakap normal tapi sudah 2minggu tetap sama sampai saya tidak mampu lasak bernafas dalam bersin .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang dapat menerangkan mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Serangan asma
- Jangkitan paru-paru (pneumonia, tuberkulosis)
- Radang selaput dada dan tulang rusuk (costochondritis)
- Masalah jantung
- Keadaan scoliosis anda semakin teruk sehingga ia mengganggu sistem pernafasan
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Keadaan ini memerlukan perhatian daripada doktor. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan puncanya dapat dicari. Rawatan akan diberikan berdasarkan diagnosis yang diberi.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai keadaan anda. Terima kasih.