
Sulit
4 tahun
Sakit belah kanan perut dekat tempat operation
Saya berumur 28tahun. Sejarah saya pernah melakukan operation apendiks pada 2017 masalah saya sekarang ini adalah saya rasa tak selesa di tempat operation dahulu kekadang rasa sakit berdenyut,bila sy baring telentang saya akn rasa sakit juga untuk mengurangkan sakit saya akan mengiring ke kanan. Saya pernah berjumpa doktor dan doktor mengatakan saya ada adhesion colic. Makan ubat masih tidak membantu apa-apa. Jadinya saya ingin meminta pendapat doktor apa perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit abdomen sebelah kanan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Ulser duodenum (duodenal ulser)
- Gastroenteritis
- Masalah pencernaan (dispepsia)
- Penyakit Crohn dan Ulserative Colitis
- Apendisitis
- Hernia
- Batu karang dan jangkitan buah pinggang
- Penyakit kayap
- Radang hati (hepatitis)
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih