Anonymous
3 tahun
Sakit belakang atas pinggul
saya berumur 23 tahun. masih bujang. saya kerap sakit belakang atas pinggul. ianya sangat mengganggu pergerakan. nak menapak pun sakit. dulu pernah buat fisioterapi untuk belakang jugak tapi di bahagian kanan. adakah saya kena memulakan kembali rawatan fisioterapi tersebut? mengapakah sakit belakang dibawah pinggul itu berlaku?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdassarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit belakang atas punggung boleh disebabkan:
- Postur badan tidak kondusif ketika duduk
- Maslah cakera tulang belakang - seperti “slipped disc”, “herniated disc”
- Masalah otot pelvis - seperti keradangan
- Masalah buah pinggang - seperti jangkitan kuman, keradangan
Anda boleh mencuba semula fisioterapi dan senaman ringan bagi melihat sekiranya ada perkembangan positif. Namun sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































