
nurifapary
5 tahun
Sakit belakang bahagian pinggul dan kaki bengkak akibat kemalangan
sy baru eksiden 2 hari lps…bila xray , x da apa yang patah…cuma sakit belakang bahagian pinggul dan kaki bengkak…saya patut urut ke ?tapi kat pusat mana ye ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Untuk makluman anda, tanpa memeriksakan kondisi anda kami tidak boleh menjelaskan status kesihatan anda buat masa kini. Selain patah tulang, sakit belakang dan bengkak pasca kemalangan jalan raya boleh timbul akibat beberapa hal seperti:
- Perdarahan dalaman sekiranya terdapat organ dalaman yang terluka
- Masalah muskuloskeletal seperti otot, sendi ataupun pergerakan tulang belakang
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.