
Sulit
3 tahun
Sakit belakang dada
Saya berumur 20 tahun dan saya sering mengalami sakit dada yg biasa, pada hari jumaat minggu lepas saya mengalami sakit blkg bhgian dada sehingga kini saya masih rasa sakit tu , sakit tu rasa macam berat di belakang,rasa macam ada something dkt blkg, dan makin hari makin terit rasanya. saya jg sukar nak duduk ataupun nk buat mana2 kerja,slain itu, tgn dan bahu sy jga rasa macam lemah dan sakit effect dri sakit blkg tu . Apa perlu saya buat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit belakang yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah sakit belakang boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- tarikan ligamen atau otot
- otot kejang / muscle spasm
- trauma/ kecederaan/kemalangan
- masalah saraf
- keradangan pada sendi tulang belakang
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera melalui maklumat lanjut tentang sejarah kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian tertentu.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.