
Sulit
4 tahun
Sakit belakang dah seminggu lebih
Sy mengalami sakit blkg belah kiri sejak 2 mggu lps dan skrg dia mrebak ke bhgian breast kiri. Adakah ini bhya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai penyebab masalah tersebut, antaranya ialah:
- Tarikan ligamen atau otot
- otot kejang / muscle spasm
- trauma/ kecederaan/kemalangan
- Masalah saraf
- Masalah jantung
- Radang selaput dada (costochondritis)
- Radang payudara (mastitis)
- Kanser payudara; siasatan lanjut diperlukan
Sekiranya anda mengalami simptom sakit belakang yang berpanjangan atau mengalami simptom simptom berikut, sila berjumpa dengan doktor di hospital :
- Kesukaran bernafas
- Batuk yang teruk atau berdarah
- Pening kepala atau tidak sedarkan diri
- Badan lemah dan kebas
- Bengkak pada bahgian kaki
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!