
Sulit
3 tahun
Sakit belakang dan abdomen bahagian rahim kiri dan kanan
Saya berumur 29. Sudah berkahwin 5bulan. Saya kerap sakit bahagian abdomen bawah pusat. Sebelum ini penah scan dan evrything okey cuma jangkitan kuman pada air kencing. Saya juga kerap sakit pada tumit yang membuatkan saya tidak boleh berdiri terlalu lama. Kadang-kadang lutut kiri saya sakit hingga tapak kaki. Bulan ini, saya sakit tulang belakang dan sy memang penghidap slip disc. Sakit ini datang ketika saya nak tidur waktu malam buatkan saya tak selesa nak tidur dan ulu hati pedih. Ada masa saya akan terasa ditusuk beberapa saat pada ari ari (rahim) kiri dan kanan. 26/5 saya disahkan positif covid dan sudah sembuh. Apakah ini reaction after covid atau disebabkan penyakit lain.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami sakit belakang dan sakit pada bahagian ari-ari dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Secara amnya, gejala-gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti posisi tidur yang salah atau postur yang tidak betul.
Namun ia juga boleh berlaku disebabkan penyakit yang lebih serius seperti slipped disc ataupun sciatica.
Kesakitan pada bahagian ari-ari juga boleh berlaku disebabkan perkara yang berbeza seperti perubahan hormon ataupun penyakit yang serius seperti cyst ovari atau enfometriosis.
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah sakit belakang? Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.