
Sulit
4 tahun
Sakit belakang dan leher
Hai saya berumur 21 tahun. Saya ada slipped disc bhgian L4,L5, dan S1. Sekarang ni saya rasa sakit di belakang belah kiri dari leher hingga ke kaki. Dulu saya tak rasa sakit seperti ni.
Leher dan bahu saya rasa sakit. Kadang kadang saya terpaksa tampung kepala saya guna tangan kalau saya tengah duduk. Belakang badan belah kiri dan kaki kiri saya masih rasa sakit even saya duduk atau baring. Kaki belah kiri saya kalau saya bersila atau saya duduk dia akan sakit dan kebas. Saya makan ubat tahan sakit pun msih sakit.
Tarikh appointment saya dengan doktor orto bulan 6. Apa perlu saya buat ye?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbang anda mengenai masalah bahu dan leher yang berlaku terutamanya ketika duduk atau baring semenjak ini. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi mungkin berkait dengan masalah tulang ataupun tidak. Terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi mengenai masalah anda iaitu:
- Kecederaan pada tisu atau otot pada bahagian tersebut
- Kecederaan pada soket bahu
- Ketegangan pada otot dan tendon leher dan bahu akibat pergerakan leher yang mengejut.
- Salah posisi tidur
- Masalah tulang belakan yang boleh mengganggu pengsarafan saraf tunjang leher dan bahu. Ini dikenali sebagai Cervical Radiculopathy . Ia boleh disebabkan oleh faktor umur atau kecederaan yang pernah terjadi terhadap leher atau tulang belakang
- Cakera tulang belakang yang kembung atau terjatuh ( Slipped disc or Herniated disc )
- Masalah jantung. Namun anda juga akan rasa sakit dada dan sesak nafas.
- Keradangan pada sendi tulang belakang atau sendi soket bahu.
- Penyakit batu karang hempedu atau keradangan pada hempedu. Penyakit ini mungkin adalah amat berkait dengan masalah anda kerana ia mungkin boleh dipengaruhi oleh faktor jika anda tengah baring atau duduk.
Masalah sakit bahu dan leher adalah sangat subjektif dan berkait dengan pelbagai perkara. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah yang dihadapi bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.