
byanaano
6 tahun
Sakit belakang dan sakit pinggang
Saya wanita berumur 25 sering sakit belakang dan sakit pinggang. Adakah ini normal? Saya berasa sakit belakang saya ini sangat memberi kesan kepada saya untuk menjalani harian untuk bekerja. Setiap hari bekerja pasti sakit belakang.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit pinggang dan sakit belakang, antaranya:
Otot belakang yang terseliuh
Ketegangan otot belakang
Masalah struktur tulang belakang
Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Batu karang pada saluran buah pinggang
Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang
Bagi merawat masalah ini, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lebih mendalam harus diperolehi sebelum kesimpulan boleh dibuat. Tambahan pula kesakitan ini mengganggu aktiviti harian anda, maka amat perlu untuk anda mendapatkan penyelesaiannya. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.