nuraqilahtaha6
3 tahun
Sakit belakang dan sakit tapak kaki
Saya berumur 20 tahun. Saya ada slipped disc. Dan tk truk doktor cakap.saya juga mempunyai flat foot.
tetapi sejak beberapa minggu ni saya mengalami skit belakang apabila duduk,berdiri pada masa yg sekejap.apabila baring ia tidak melegakan sakit tersebut. Dan tapak kaki saya hingga ke punggung belah kiri terasa sakit. Seperti tegang.sebelum ni saya takda rasa sesakit ini.
Apa perlu saya buat?
Perlu ke saya ke klinik?
Boleh ke saya pergi berurut?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Posisi duduk yang betul ialah dengan tulang belakang yang tegak. Kurangkan posisi membongkok dan banyakkan bersandar pada kerusi yang menegak jika anda ingin berehat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.































