imyourz.me
4 tahun
Sakit belakang dan tengkuk belakang
Saya lelaki masih digelar pelajar dan berumur 20 tahun. Saya mengalami sakit belakang selama 2 tahun tak tak pernah baik. Saya pernah sapu minyak angin, urut dan bersenam. Tapi tida pernah baik. Hanya lega sedikit kadang kala. Saya mengalami dri belakang leher hinggalah ke kawan pinggang. Dan apa bila saya melakukan cardio, ianya lebih sakit. Harap doktor mampu berikan punca and cara untuk merawat sakit saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.