atiejasni
4 tahun
Sakit belakang dekat bahagian pinggang
Salam.
Saya bertanya bagi pihak kawan sy ye doc.
Siang td kwn sy nak amek charger dekat soket. Dia tunduk sikit. Tiba2 mcm terkedu. Terus sakit tulg blkg dkat pinggang. Nak baring pun sakit. Duduk pun sakit. Dia baru lps buat D&C sbb baby xberkembang n tiada nadi.
Slip disc ke ni doc?
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh rakan anda. Untuk makluman pihak anda masalah sakit pinggang boleh disebabkan oleh;
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Batu karang pada saluran buah pinggang
Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
Masalah pada struktur ovari pada wanita
Masalah pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang rakan anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!



























