
Sulit
4 tahun
Sakit belakang di punggung
Mak saya berumur 56thn, recently ni dia tiba2 rasa susah untuk duduk mcm atas sofa or baring. Bila saya tanye, dia just cakap sakit bahagian punggung tapi bawah sikit tapi tak sampai peha. So takleh duduk sbb rasa sakit, bila baring pun tak selesa. Nak menyangkung pun takleh. Cuba tidur menghadap tepi pun tak lena jadinya dia semakin lesu sbb lack of sleeps. Bila dia nak baring tidur, kadang saya nampak dia dah duduk kembali sambil kaki melunjur kedepan. Sejarah sakit apa semua takde. Dia guru so pegi sekolah macam biasa and petang2 berkebun ringan2 keluar peluh tapi lately tak dapat buat sbb lesu and letih tak cukup tidur. Adakah radang sendi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami memahami kebimbangan anda tentang sakit belakang yang ibu anda hadapi. Untuk makluman anda, secara amnya, masalah sakit belakang boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Tarikan ligamen atau otot
- otot kejang / muscle spasm
- trauma/ kecederaan/kemalangan
- Masalah saraf
- keradangan pada sendi tulang belakang
Untuk mengetahui punca sebenar masalah sakit belakang anda, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami simptom seperti:
- Kesukaran bernafas
- Muntah atau pitam
- Berpeluh yang tidak terhenti
- Gejala bertambah berat
- Gejala yang dialami berterusan
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!