Sulit
3 tahun
Sakit Belakang/ Kebas Tangan
Saya perempuan berumur 28 tahun. lately ni saya rasa macam lenguh bahagian belakang (bawah kanan). Harini saya rasa macam tangan kanan saya pula macam lenguh/kebas (rasa macam baru lepas kena bius) Kenapa ya?
3 tahun
Salah sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kekebasan pada tangan dan lenguh pada bahagian belakang sejak kebelakangan ini.
Terdapat beberapa sebab berlakunya kebas seperti:
- Tanda awal strok
- Kerosakan sistem saraf
- Pendarahan pada otak yang boleh disebabkan oleh kecederaan ataupun disebabkan oleh kembungan salur darah ( Cerebral Aneurysm )
- Keradangan pada otak
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak. Anda akan rasa sakit kepala seperti migrain
- Masalah sistem pengsarafan otak seperti Multiple sclerosis
- Penyakit darah tinggi atau jantung yang boleh menggangu aliran darah ke otak
- Gangguan aliran darah ke otak seperti darah berketul yang tersekat.
- Penyakit sel darah seperti Anemia
- Masalah metabolisma badan
- Brain ischemia yang disebabkan oleh aliran darah yang tidak cukup ke otak. Ini adalah berkait dengan penyakit strok dan pendarahan.
- Penyakit kencing manis
- Kanser otak.
Kekebasan ini merupakan masalah yang subjektif dan boleh dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini berlarutan serta sekiranya anda mengalami simptom-simptom lain seperti sakit kepala, ketidasedaran, masalah tumpuan, serta demam dan sesak nafas.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah kebas.