
nrzwyh
4 tahun
Sakit belakang kiri ats
Dr, saya nak tanya kenapa sakit belakang bahagian kiri saya kerap berlaku… sejak bulan 11 tahun lepas lagi … ini juga telah ganggu tidur saya menyebabkan saya terpaksa tidur mengiring … walau bagaimanapun, saya mempunyai penyakit jantung berlubang untuk pengetahuan Dr… Appointment saya dengan Dr Cardio hanya setahun sekali… Sakit blkng saya terlalu sakit hingga menyebabkan saya terpaksa suruh kakak untuk ketuk belakang saya ibarat mengurut katakan … persoalan saya, adakah sakit belakang saya adalah effect daripada ubat yg saya ambil ke atau sebaliknya? Mohon pencerahan daripada Dr, terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang, jangkitan buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.