
Sulit
4 tahun
Sakit belakang kiri
Saya kerap mengalami sakit
bahagian leher hingga ke belakang sebelah kiri.rasa sakit yg membuatkan saysssukar bergerak mahupun menoleh. Serta mengangkat tgn sblh Kiri.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- postur duduk atau diri yang tidak baik
- otot terseliuh atau cedera akibat akitiviti seharian
- kekurangan stabiliti otot tengkuk
- kecederaan whiplash akibat kemalangan kereta
- tabiat yang asyik bermain telefon bimbit dengan kepala bertunduk
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.