
hanishazwaniothman
6 tahun
Sakit belakang leher
Saya wanita 20’an baru-baru ini leher saya sakit selepas bangun dari tidur. Saya cuba untuk melalukan beberapa senaman yang saya selalu lakukan setiap pagi tapi malangnya tiada satu buyian yang seumapa melutup menandakan saya puas dan otot saya okay. Dengan menjalani satu hari dengan kesakitan. Saya cuba dan terus mencuba melakukan senaman tapi alangkah malangnya sakit itu tidak hilang. Jadi doktor bantu saya untuk hilangkan rasa sakit ini jika berlaku sekali lagi.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, tabiat senaman yang meletupkan sendi-sendi itu adalah tidak bagus dan disarankan agar tidak melakukannya kerana boleh menyebabkan kecederaan kepada sendi, tulang, otot dan juga saraf.
Sakit pada leher anda mungkin disebabkan oleh posisi tidur yang salah atau tergeliat ketika tidur. Anda boleh cuba sapuan krim berangin dan duduk, berdiri dan berbaring dengan posisi yang betul.
Sekiranya sakit berlarutan anda boleh rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan atau ubat yang boleh melegakan kesakitan anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi. Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA! Terima kasih.