
Sulit
3 tahun
Sakit belakang (lumbar disk pain)
Hai…saya berumur 38 tahun dan baru sahaja dimaklumkan menghidap slip disk (lumbar). Bolehkah senaman ringan seperti slow jog.membantu mengurangkan rasa sakit selain senaman streching. Apakah posisi tidur yg terbaik sebab sy mengalaki.kesukaran utk bjalan apabila bangun dari tidur. Mohon pencerahan dan terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh menjalani senaman ringan seperti slow jog, pastikan anda menjaga postur yang sihat, luruskan punggung anda. Selain itu, elakkan pengekalan postur tetap, bergerak dan meregangkan sekurangnya setiap 30 minit dapat mengurangkan sakit anda.
Untuk posisi tidur, anda boleh tidur dengan sisi anda dan letakkan bantal di antara lutut anda atau tidur seperti biasa, dengan belakang anda dan letakkan bantal di bawah lutut anda. Selain itu, cuba meregangkan punggung setelah bangun sebelum berjalan juga boleh mengurangkan sakit belakang anda.
Tambahan pula, anda juga boleh berjumpa ahli fisioterapi untuk membantu anda.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Tulang.