
aenajohan05
4 tahun
Sakit belakang lutut (Bahagian pelipat)
Hi, mak saya berusia 52 tahun mengalami sakit lutut yang berlarutan. Keadaan menjadi lebih teruk apabila dia terjatuh akibat daripada lantai yang licin bekas tumpahan air di lantai rumah. Dia merasakan lutut bahagian kirinya makin sakit sehingga susah untuk berjalan. Sehinggakan sukar dia hendak berdiri. Mak saya kata kakinya susah untuk ditegakkan dan terasa amat sakit, tetapi semasa kakinya bengkok tiada masalah. Kesakitan tersebut tertera pada belakang lutut. Help me to solve this. Please it was my fault.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, adalah bahaya untuk mereka yang berusia lewat untuk jatuh. Hal ini kerana, banyak komplikasi yang buruk boleh berlaku. Terdapat pelbagai sebab kepada masalah yang disebutkan dan ianya memerlukan pemeriksaan lebih lanjut untuk memastikan diagnosis pesakit. Antara perkara yang boleh terjadi ialah:
- Tulang patah (patah tulang peha adalah perkara yang perlu dielakkan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi buruk terutamanya kepada mereka yang berusia lewat)
- Terseliuh
- Tulang sendi lari dari permukaan
- Tulang retak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.