Sulit

3 tahun

Sakit belakang pinggang dan menyucuk di bahagian kiri

Salam sejahtera doktor. Ketika bangun tidur pagi tadi, pinggang saya terasa sakit dan tidak selesa. Ini adalah pertama kali. Saya juga telah ke klinik yg berdekatan untuk pemeriksaan awal. Pegawai kesihatan tersebut mengarahkan saya melakukan ujian air kencing. Hasil result tersebut :
PH : 6.0
Glucose,leucocyte, semua adalah -ve.
Protein : 3+
Erythrocyte: 4t

Pegawai tersebut maklumkan terdapat darah dalam air kencing saya berdasarkan result makmal diatas. Kemungkinan saya terkena batu karang. Tapi buat pengetahuan doktor, saya tidak merasa sakit ketika buang air kecil dan besar. Jadi menimbukan keraguan pada diri saya. Adakah doktor dapat menjelaskan dgn lebih terperinci? Adakah ini betul2 disebabkan batu karang ? Saya diarah untuk mengambil ubat utix effervescent granules

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami memahami kerisauan anda terhadap keadaan yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa keputusan ujian anda adalah seperti yang dinyatakan di atas:

  • Jangkitan salur kencing
  • Batu di buah pinggang ataupun pundi kencing
  • Sindrom nefrotik
  • Radang glomerulus (glomerulonephirtis)

Ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah dan keputusan ujian sedemikian. Anda perlu diperiksa oleh doktor dengan lebih mendalam untuk mengetahui puncanya.

Untuk menjawab persoalan anda, batu karang kadangkala tidak mendatangkan apa-apa gejala jika saiznya kecil dan ia juga boleh buang bersama air kencing. Antara gejala-gejala disebabkan oleh batu karang adalah:

  • Kencing berdarah (anda boleh lihat dengan mata kasar ataupun melalui mikroskop)
  • Kencing yang sakit
  • Kencing tidak lawas
  • Sakit di bahagian tepi atau belakang (batu karang di dalam buah pinggang atau saluran ureter)

Masih gusar dengan masalah buah pinggang anda? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.

Namun begitu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera apabila anda mempunyai gejala berikut untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor:

  • Sakit kepala
  • Demam
  • Sakit tekak
  • Kencing berdarah, tidak lawas
  • Air kencing berbau dan terdapat nanah
  • Sesak nafas
  • Aktiviti harian terganggu

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi doktor kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi atas talian bersama dengan doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga.

Terima kasih.

AdobeStock_59157407

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)