shaf5262
6 tahun
Sakit belakang pinggang
Saya wanita berumur 38thn mengalami sakit belakang pinggang sudah seminggu. Nak kata jatuh tak… nak kata angkat benda berat tak juga… saya mengalami sakit belakang apabila duduk, berdiri lama… mengalami kesukaran kena melakukan solat (rukuk dan sujud) rasa sakit menyengat… rasa tegang belakang betis dan peha ketika rukuk… kencing ok tak sakit… perut tak kembung…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya hal ini.Antaranya ialah:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





























