
Anonymous
5 tahun
Sakit belakang sebelah atas kiri
Saya wanita berumur 22 tahun. Saya berasa sakit di bahagian belakang sebelah atas kiri. Bila saya try nak pusing badan saya rasa mencucuk, nak tunduk pun rasa mencucuk. Dah seminggu sy rasa mcm ni

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit belakang yang mencucuk boleh disebabkan:
- Masalah buah pingggang - seperti jangkitan kuman, batu karang atau auto-imun
- Masalah otot belakang kejang
- Masalah cakera tulang belakang - seperti cakera tergelincir (slipped disc) atau prolaps
- Masalah ovari
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.