memelyanyan
3 tahun
Sakit belakang sebelah kanan ketika menguap terasa sakit mcm kena tusuk
Saya berumur 20 tahun dan sakit yg saya rasa ni dari bulan ramadhan suda pergi dptkan rawatan doktor ckp takde apa bagi ubat tpi smpai skrg masi sakit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit belakang sewaktu menguap boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mekanik/ pergerakan badan yang salah
- Pergerakan berpusing
- Postur yang salah saat duduk, berdiri dan lain-lain
- Teknik mengangkat yang tidak betul
- Akibat membawa beban berat (beg berat)
- Pergerakan berulang
- Riwayat trauma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.































