
Sulit
4 tahun
Sakit belakang sebelum buang air besar
Saya wanita berumur awal 30an. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, saya mengalami masalah sakit belakang (lower back pain). Rasa sakit ini datang hanya bila saya ada rasa nak buang air besar. Selepas saya BAB, rasa sakit itu alan berkurangan. Cuma masalahnya sekarang, bila rasa sakit itu datang, saya mengalami kesukaran untuk BAB sebab saya tak boleh nak duduk mencangkuk kerana rasa nyeri dan stiff akibat sakit belakang. Boleh tak doktor terangkan adakah ini normal? Apa punca dan ubatnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit belakang. Untuk pengetahuan anda, sakit belakang boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- ketegangan otot atau ligamen
- slipped disc tulang belakang
- arthritis
- osteoporosis
- sciatica, masalah pada saraf tunjang
Saya mensihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor jika:
- kesakitan anda berpanjangan lebih seminggu
- kesakitan tidak hilang bila rehat atau baring
- kesakitan merebak sehingga ke kaki
- menyebabkan rasa kebas pada kaki
- kesukaran untuk kencing
- demam
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.