
Sulit
4 tahun
Sakit belakang, selalu berpeluh, haid bulan tergantung, bintik bintik dibelakang terlalu banyak
assalammualaikum, saya berumur 18 tahun pada tahun baru ini saya tidak tahu mengapa saya selalu menghadapi sakit belakang yang teruk semasa tidur, pada mulanya saya merasakan kerana tilam atau faktkr katil tetapi bila tidur di mana mana pon saya tetap merasa sakit dan semasa tidur saya selalu berpeluh pada bahagian leher dan kepala sampai saya tersedar semasa tidur, dan saya juga selalu rasa cepat penat maksud saya contohnya saya tidur awal dan cukup tidur saya tetap mengantuk dan kadang kadang saya tidur terlebih tapi saya masih selalu mengantuk dan badan terasa penat. dan badan belakang saya juga mempunyai bintik bintik yang banyak, banyak blackhead, kadang kadang jerawat seperti nanah dan ada kala seperti benda pelik keluar warna kehitaman dan kecoklatan. saya tidak tahu mengapa tapi saya sudah lalui ini dari umur 14 tahun sehigga hari ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Waalaikumussalam dan salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda terhadap masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan keadaan anda:
- Masalah tulang belakang; tukberkulosis tulang belakang (TB spine), artritis, sejarah masalah atau kecederaan tulang belakang yang terdahulu
- Masalah kulit: ekzema, sebaceous cyst, bullous phemphigoid
Masih risau dengan sakit belakang? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Kami tidak dapat mengetahui dan memberi kata putus kepada anda memandangkan keadaan anda memerlukan pemeriksaan daripada doktor. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mengetahui dengan lebih lanjut masalah anda daripada doktor kami. Terima kasih.