Sulit
3 tahun
Sakit belakang seminggu
Selamat pagi, saya nur syuhada berusia 25 tahun dan saya kerap sakit belakang sebelah kanan saya. Saya didiagnosis ada masalah hydronephrosis. Saya takut buah pinggang saya jadi masalah sekarang. Sampai sekarang buat ujian darah Alhamdulillah buah pinggang saya okay… Tapi saya takut sekarang ni sebab belakang saya sangat sakit…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluma anda, masalah sakit belakang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti masalah buah pinggang, masalah tulang, otot, saraf dan juga organ yang lain. Oleh itu, pihak kami tidak boleh membuat kesimpulan tanpa maklumat yang lengkap.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.































