fitri
3 tahun
Sakit belakang tengkuk dan bahu
assalamualaikum dan salam sejahtera… nama saya fitri dan berumur 42 tahun. Saya bekerja sebagai penolong pengarah di salah satu agensi kerajaan… kerja saya mengadap komputer setiap hari.
masalah saya, saya sering mengalami sakit belakang tengkuk dan bahu bersilih ganti di sebelah kanan dan kiri. Jika minggu ni saya mengalami sakit sebelah kanan… selang dua tiga hari aan sakit sebelah kiri.
saya telah pergi berjumpa doktor di Klinik Kesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan. Doktor hanya menyarankan saya pergi ke fisioterapi dan memberi ubat tahan sakit.
apabila saya berjumpa dengan fisioterapis, saya dikatakan mengalami ‘ketat’ di urat dan tulang serta otot. saya di nasihatkan oleh fisioterapis untuk membuat exeercise yang di beri.
saya ingin bertanya adakah terdapat sebab lain menyebabkan sakit ini. sebab saya sudah mengaami sakit ini sejak tahun 2014.
sebelum berjumpa doktor saya pernah pergi mengurut dan membuat bekam namun hasilnya tidak memuaskan.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah sakit pinggang dan belakang adalah amat biasa terjadi kepada masyarakat terutamanya bagi mereka yang bekerja di pejabat dan duduk menghadap komputer setiap hari.
Ini boleh disebabkan oleh faktor, duduk terlalu lama dan juga postur tubuh yang salah ketika duduk, berdiri, berjalan berbaring dan sebagainya.
Sememangnya masalah sebegini biasanya dirawat dengan fisioterapi dan ubat tahan sakit. Hal ini kerana fisioterapi membantu melembutkan otot yang ketat dan mebantu membetulkan kedudukan otot dan sedi serta postur tubuh.
Anda amat disarankan untuk meneruskan rawatan fisioterapi tersebut di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat dan kerap bersenam. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian sekiranya anda ingin mendapatkan pandangan dan nasihat lanjut. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!






























