
Sulit
5 tahun
Sakit belakang yang amat perit
Doktor sy ini bertanya tentang sakit belakang yg sy alami sekarang…sakit belakang ni datang tidak menentu kadang² bila sy bila sy duduk santai pn boleh sakit belakang ni…kadang² bila sy deman sakit belakang ini pun turut sakit…kadang² sy sakit belakang tu sampai kaki dgn tangan sy jadi kebas smpai tak boleh nak gerakkan walaupun sedikit…apakah sakit belakang sy ini berbahaya untuk sy atau hanya sakit ini disebabkan udara sejuk atau sebagainya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit belakang yang anda alami boleh disebabkan:
- Ketegangan otot belakang
- Masalah cakera tulang belakang - seperti “Slipped disc”
- Jangkitan tulang belakang - seperti oleh tibi
- Masalah buah pinggang - seperti keradangan, batu karang, jangkitan kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.