
Sulit
3 tahun
Sakit belakang yang kerap berlanjutan sehingga seminggu
Saya lelaki umur 36 tahun,sejak kebelakangan ni saya selalu rasa sakit di belakang terutama sebelah pinggang kiri,kadang berlanjutan sehingga seminggu,apakah simptom sebegitu ada kaitan dgn sakit batu karang atau lain² penyakit???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda
Untuk makluman anda, sakit pinggang boleh disebab oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Penyakit batu karang
- Penyakit buah pinggang seperti jangkitan, radangan dan lain
- Penyakit pada sistem pencernaan seperti penyakit apendiks
- Kecederaan otot atau tulang belakang
- Gangguan saraf
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan.