Sulit
2 tahun
Sakit belakang yang sering berterusan selama berbulan , bermula dr bulan 1 dan 2 tapi dua bulan seterusnya dah okay tetapi sejak bulan 4/5 kembali terasa ngilu
Hi saya mengalami lenguh dan ngilu pada tulang belakang. Sakit ini hanya berlaku secara on-off . Sakit bermula dari belakang badan sahaja . Dan sering terasa lenguh sekira duduk . Apabila berjalan dan berdiri tidak terasa sakit . Namun , apabila tidur . Saya tidak dapat mengiring kerana terasa ngilu di bahagian tulang . Dan apabila tdur terlentang / drive kereta, terasa bonjolan biji di bahagian belakang badan. Tidak sakit cuma selalu lenguh dan tidak boleh bengkok badan terlalu lama. Apa pendapat doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit belakang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- ketegangan otot
- disc hernia
- batu buah pinggang
- keradangan buah pinggang
- jangkitan kuman ataupun virus
- reactive arthritis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.