
Sulit
4 tahun
Sakit belakang yang teramat
Salam sejahtera Dr. Saya nak tanya normal ke sakit belakang time period. sebab saya masih lagi student,jd clss saya amik masa agak panjang. bila saya duduk lama belakang saya rasa macam bengkak tak selesa. lenguh and saya selalu amik panadol sbb tak tahan sakit. Selalunya kalau period, saya akan sakit bahagian bawah perut, tp kalini rasa mcm teruk. menyukarkan saya untuk study. bahaya ke dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, mengalami gejala semasa sedang haid adalah normal bagi sesetengah wanita. Tetapi ia menjadi tidak normal sekiranya ia mengganggu aktiviti harian seseorang.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Disebabkan gejala tersebut mengganggu anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Namun begitu, sukar untuk kami katakan sama ada gejala yang anda alami tersebut bahaya ataupun tidak memandangkan maklumat lanjut dan pemeriksaan perlu dibuat terlebih dahulu.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.