iqaruslin
6 tahun
Sakit belikat sebelah kiri
Saya ada masalah sakit belakang badan sebelah kiri. Tak selesa. Duduk 5 minit pon dah rasa sakit. Hampir 3bulan mengalami masalah ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Antaranya, lokasi spesifik sakit anda, ciri-ciri kesakitan tersebut, dan juga latar belakang kesihatan seperti sejarah kecederaan dan sebagainya.
Kebanyakan sakit belakang adalah berpunca daripada postur tubuh yang tidak betul, namun, untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih





























