
Sulit
3 tahun
Sakit berdenyut menyucuk 5 ke 10 saat sesekali di belakang kepala yang berpanjangan
Salam… Sakit kepala ini pernah berlaku kepada saya beberapa kali dalam sepanjang hayat saya dan kini saya sudah berusia 32 tahun. Sakit ini berlaku di belakang kepala bahagian atas tepi dan pernah berlaku di belakang kepala bahagian bawah tempurung kepala di antara tengkuk. Denyutan kesakitan ini berlaku setiap 5 ke 10 saat sesekali dan kekadang ia lebih kerap… kesakitan yg berlarutan ini menyebabkan kulit kepala di bahagian denyutan tersebut manjadi pedih… sesekali denyutan berlaku, ia menyebabkan tekanan dan stress hingga hilang mood bekerja. Denyutan kesakitan setiap 5 ke 10 saat ini berlarutan berhari2 dan pernah hingga 2 minggu berpanjangan. Saya mengharapkan nasihat doctor …sekian terima kasih [Nabil Zahid]

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, sakit kepala mempunyai pelbagai penyebab samada perkara yang serius ataupun tidak, antaranya ialah:
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah sakit kepala anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala .