
Sulit
4 tahun
Sakit berdiri di kaki kanan sbb urat
Bermula dari sakit urat lutut kaki kanan. Sampai saya x dapat berjalan. Saya pakai tongkat sebab tidak dapat berdiri.dari peha sampai kaki.berdenyut n bisa rasa bila kena kipas or sejuk sikit saya sakit sangat

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala sakit lutut yang anda alami boleh disebabkan pelbagai faktor seperti:
- Kekurangan zat besi dan kalsium
- aktiviti yang membebankan (“muscle strain”)
- Kecederaan pada ACL/PCL/tendon/meniskus lutut
- rapuh/hakisan tulang - akibat faktor usia atau kurang kalsium
- Sakit dari pinggang (“referred pain”)
- Osteoartritis - radang sendi
- Gout
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.