
muhamadfahmifaez69
5 tahun
Sakit bermula dari 2 atau 3 hari sebelum Dan berlanjutan sehingga hari ini
Wanita berumur 29 tahun,berkahwin,mempunyai seorang anak lelaki 3tahun
Setiap kali badan berpeluh tiba2 kepala Akan terasa pening Dan selepas itu pasti muntah
Badan lesu dan perut kurang selesa Dan agar sukar membuang air besar pada hari pertama Dan kedua
Keadaan seperti ini adalah kali pertama terjadi
Mohon pencerahan sakit apakah untuk simtom yang saya hadapi sekarang Doctor
TQVM

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Buasir
- Demam denggi
- Radang apendiks
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.