
Sulit
4 tahun
Sakit bhgian penis anak
anak lelaki saya berusia 7 tahun.2 hari ini, dia sering mengadu sakit dibahagian penis apabila hendak kencing. kadang2 sakitnya datang tiba2…mohon pandangan , trima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Kesakitan apabila ingin kencing boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada kemaluan yang dijangkiti kuman dan bernanah
- Gigitan serangga
- Jangkitan kulit (cellulitis)
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anak anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.