Sulit

4 tahun

Sakit buah dada yg menjalar selama lebih kurang sebulan

Saya gadis berusia 20 tahun,saya rasa sakit pada kedua dua belah buah dada saya terutamanya belah kanan.terasa mcm ada biju dekat bahagian tepi yg rasa sakit san bahi rasacm sensasi mencucuk yg buat saya sakit nak tekan pon.biji tu bergerak.tapi bahagian belah kanan yg sama juga rasa sakit di hujung payudara sekitar bawah lengan.saya harap doktor perempuan menjawab pertanyaan saya ini kerana adakah kemungkinan ianya berpunca dari bra?.rasa sakit tu seperti menyeluruh,bila tekan sebelah kanan rasa sakit sampai ke tangan kebelakang.memandangkan saya baru berusia 20 tahun,sakit ini mengerikan dan buat saya rasa takut.saya dah sakit almost sebulan jadi bukan tanda tanda period lah kan?.perlu ka saya buat peneriksaan,tapi saya malu.

Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sakit kedua-dua belah payudara selama lebih kurang sebulan. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai penyebab masalah ini boleh berlaku pada wanita, antaranya ialah:

  • Penggunaan / pemakaian bra yang terlalu ketat
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Penggunaan pil perancang atau kontraseptif
  • Penyakit sista ovari (PCOS)
  • Kedatangan haid (Cyclical breast prain) dan ia adalah normal
  • Jangkitan kuman pada tisu payu dara
  • Penyakit keradangan payu dara ( Mastitis )
  • Sista payu dara
  • Kanser payu dara

Sila berjumpa dengan Doktor sekiranya anda mengalami gejala berikut:

  • Sakit yang berpanjangan
  • Keluar lendir atau nanah
  • Keluar darah daripada puting
  • Perubahan warna pada payudara
  • Terdapat benjolan

Memandangkan sakit yang anda alami sudah sebulan lamanya, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan serta kesimpulan yang sempurna untuk mengenalpasti punca sebenar. Hal ini kerana dalam langkah menangani masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu.

Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.

Anda dinasihatkan agar tidak berasa malu kerana para doktor/ pegawai perubatan akan berusaha menjaga rahsia anda dan hanya memeriksa atas tujuan perubatan, segala-galanya demi kebaikan anda juga.

Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih

image

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)