
Sulit
5 tahun
Sakit buang air kecil
Hasil carian untuk Saya wanita 55 tahun. Telah 3 minggu saya mengalami simptom uti serta kegatalan di vagina. Neuphrologist telah memberi 2 jenis antibiotiok iaitu monural dan zinnat. Walaubagaimana pun keputusan urine culture menunjukkan tiada pertumbuhan bakteria. Seterusnya saya dirujuk kepada gynea kerana ada masalah kegatalan di vagina yang mengambil sample untuk yeast infection. Keputusan adalah dalam masa seminggu. Saya diberi ubat tahan gatal di vagina. Masalahnya sekarang saya sangat sakit dan pedih selepas membuang air kecil. Apakah yang perlu saya buat sementara menunggu keputusan yeast infection tersebut. Bolehkah saya mengambil pain killer untuk menahan kesakitan dan kalau boleh jenis apa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Masalah yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Anda boleh menggunakan ubat tahan sakit sementara menunggu keputusan.
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.