
nasehanasmian91
3 tahun
Sakit contraction ketika menyusukan anak dan cara untuk atasi.. Anak 1y9m & saya dh 37weeks.. Mohon pandangan dari pakar berkenaan masalah ini
Hi… Saya dh 37w masih breastfeed anak sulung 1y9m… Hari ni direct feed dia dh start rasa contraction. Dia xkan tdo kalau xdapat bf dgn sye… Adakah saya perlu stop tros breastfeed atau kena ke hospital terus… Sakit contraction tu dtg ketika breastfeed shj & dalam sejam selepas sesi bf…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda risau disebabkan mendapat kontraksi semasa sedang menyusukan anak semasa sedang hamil. Jangan risau kerana kami akan membantu anda mengenai masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan anda, mengalami kontraksi di saat tarikh bersalin semakin hampir adalah normal dan anda tidak perlu untuk berhenti menyusukan anak pada masa tersebut.
Kontraksi juga boleh disebabkan oleh:
- Anda dalam proses bersalin
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Jangkitan air ketuban (chorioamnionitis)
Tetapi disebabkan anda sedang sarat hamil pada 37 minggu dan tarikh bersalin pun semakin menghampiri, kami sarankan anda untuk pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan segera dan dipantau oleh doktor.
Kami harap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.