
Sulit
3 tahun
Sakit Dada , Adakah Tanda Pembekuan Darah?
Saya wanita berumur 16 tahun , untuk makluman doktor saya merupakan bekas pesakit covid-19 yang telah disahkan positif pada 24.08.2021 . Setelah sembuh dari covid-19 , saya telah mengalami kesan sampingan covid-19 iaitu batuk dan sakit dada .
Pada 22.09.2021 , saya telah mendapatkan vaksin pfizer dos pertama . Selepas saja mendapatkan vaksin , dada saya rasa semakin sakit berkemungkinan tindak balas vaksin itu . Namun selepas 4 atau 5 hari dari tarikh vaksin dos 1 , batuk dan sakit dada saya mulai hilang .
Namun pada hari ini , 3.10.2021 , dada saya mulai rasa sakit semula seperti menyucuk . Adakah ini disebabkan vaksin dos 1 yang saya ambil pada 22.09.2021 telah luput tarikhnya? Saya juga bimbang doktor sekiranya terdapat pembekuan darah di dalam paru - paru saya atau saya mengalami masalah paru - paru yang lain . Saya harap doktor boleh bagi penjelasan tentang masalah saya .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor