
Anonymous
5 tahun
Sakit dada bahagia tengah
Saya BERUMUR 26 TAHUN. Sejak SEMALAM saya PERASAN, bila nk telan air atau makanan, Saya terasa sakit di bhgian Tengah dada.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit dada termasuk:
- Penyakit jantung
- Penyakit paru-paru
- Penyakit tulang
- Kayap
Penyakit jantung yang dikenali sebagai angina pectoris merupakan sejenis kondisi yang menyebabkan sakit dada yang kronik. Kondisi ini adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen ke sel-sel jantung.
Sakit dada yang berpunca dari angina pectoris biasanya menjadi lebih serius semasa menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal dan kesakitan tersebut akan berkurangan semasa berehat. Berdasarkan kenyataan anda, risiko anda untuk menghidap penyakit jantung adalah lebih tinggi sekiranya anda mempunyai faktor-faktor risiko untuk menghidap penyakit jantung seperti:
• Usia yang lebih tua
• Anggota keluarga yang menghidap penyakit jantung
• Darah tinggi
• Kencing manis
• Kolesterol tinggi
• Penyakit buah pinggang
• Merokok
• Berat badan berlebihan
• Kekurangan senaman
Saya sarankan anda untuk berhubung dengan doktor di talian untuk konsultasi mengenai sakit dada. Anda boleh untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit dada bahagian tengah, antaranya ialah:
• Sakit jantung
• Pericarditis atau radang lapisan luar jantung
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Asma
• Ketulan darah di saluran darah paru-paru atau pulmonary embolism
• Gastrik atau asid perut berlebihan
• GERD atau pedih ulu hati
• Kayap
• Tulang rusuk patah
• Keradangan kartilaj atau costochondritis
Untuk mengetahui punca sakit dada serta dapatkan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut dan pemeriksaan yang teliti adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dan mendapatkan ujian yang berkenaan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.