
Sulit
3 tahun
Sakit dada bahagian kiri atas
Selamat pagi doktor saya nak tanya saya sakit dada bahagian kiri bagai dicucuk-cucuk kenapa ye? Umur saya baru 29thn…berat badan dalam likungan 53kg atau 54kg macam tula…boleh saya tahu kenapa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah sakit dada bahagian kiri seperti dicucuk-cucuk. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Terlalu penat dan kurang berehat
- Kekejangan otot dada
- Posisi dada ketika berehat dan baring
- Teknik pernafasan yang salah
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Pedih ulu hati
- Gastritis
- Peptic ulcer disease
- GERD
- Masalah pada jantung
Pemeriksaan dan penilaian perlulah dilakukan untuk menentukan sama ada masalah yang dihadapi berkait dengan masalah kitaran haid. Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.