
Anonymous
5 tahun
Sakit dada bahagian kiri
Saya wanita berumur 25 tahun dan sejak seminggu yang lalu saya selalu mengalami sakit dada bahagian kiri selepas saya mandi dan saya ada rasa benjolan kecil di bahagian buah dada saya. Sejarah sakit keluarga saya arwah ibu saya ada penyakit barah payu dara dan brain mets, abah saya pula mengalami sakit jantung dan kencing manis.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat dua masalah yang anda sedang hadapi iaitu benjolan di payudara dan sakit di bahagian dada.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal tersebut antaranya ialah cyst, lipoma , kanser payudara dan sebagainya. Secara amnya , sakit tersebut boleh terwujud atas punca punca tertentu. Oleh sebab , anda mempunyai faktor faktor risiko yang seperti sejarah keluarga hal ini tidak boleh dipandang remeh, malah memerlukan perhatian doktor.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih