
wahizatul062
5 tahun
Sakit dada bahagian tengah dam susah bernafas
Saya sakit dada dari malam tadi hingga sekarang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah sakit dada, antaranya:
- Masalah sistem pencernaan seperti GERD atau gastrik
- Jangkitan paru-paru
- Masalah pernafasan seperti asma
- Masalah jantung
- Masalah pada tulang, otot atau kulit dada
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.