
Sulit
4 tahun
Sakit dada bahagian tengah dan ada bunyian macam tulang di tenagh tersebut
hi, saya ingin bertanya, baru-baru ini saya ada mengalami sakit bahagian dada tengah, dan perkara ini kerap terjadi sebelumnya … sekarang sudah dalam seminggu saya sakit dada bahagian tengah tersebut… sakit itu terjadi dengan tekanan sakit bhgian tengah dan ada macam bunyi tulang “pap” di tengah dada tersebut … apakah tanda-tamda sakit dada ini ya? Adakah ianya merbahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit dada bahagian tengah disertai dengan bunyi tulang di tempat yang sama. Masalah tersebut mungkin boleh berkait dengan masalah jantung atau paru-paru ataupun tidak.
Untuk makluman anda, gejala bunyi tulang di tengah dada selalunya disebabkan oleh sendi tulang sternum anda, dan ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Tulang rusuk atau sternum yang retak
- Regangan otot atau sendi pada tulang rusuk
- Penyakit keradangan sendi rusuk dan sternum (Costochondritis) atau Arthritis
- Ketegangan otot
- Tulang terlari
- Sindrom Tietze - Sama seperti Costocondritis tetapi berlaku khusus pada wanita
- Pengapuran kalsium pada tulang rawan rusuk.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga kesihatan anda bermula sekarang.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini bagi mendapatkan rawatan yang sesuai dengan masalah anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.