
Anonymous
6 tahun
Sakit dada bahagian tengah
Saya seorang wanita, ibu kpd 5 org anak… sy berusia 39 thn. saya swring mengalami sakit dada bahahian tengah, seperti menyucuk dan nyeri, dan adakala sakit bila saya tarik nafas. boleh doktor bantu saya?

6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit dada termasuk:
- Penyakit jantung
- Penyakit paru-paru
- Penyakit tulang
- Kayap
Untuk makluman anda, risiko anda untuk menghidap penyakit jantung adalah lebih tinggi sekiranya anda mempunyai faktor-faktor risiko untuk menghidap penyakit jantung seperti:
• Usia yang lebih tua
• Anggota keluarga yang menghidap penyakit jantung
• Darah tinggi
• Kencing manis
• Kolesterol tinggi
• Penyakit buah pinggang
• Merokok
• Berat badan berlebihan
• Kekurangan senaman
Saya sarankan anda untuk berhubung dengan doktor di talian untuk konsultasi mengenai sakit dada. Anda boleh untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih