
mkhairijalil
5 tahun
Sakit dada belah kanan sebab makan ubat buasir
Lepas saye makan capsule ubat buasir, dada kanan saya sakit bile telan makanan…adakah itu kesan sampingan ubat tersebut?
Pelik pulak kalau kalau sakit dada sebb mkn ubat buasir

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada yang anda alami selepas mengambil ubat buasir boleh disebabkan:
- Kekejangan otot esofagus
- Asid refluks (gastrik)
- Anemia - kurang hemoglobin darah merah
- Saluran darah koronari sempit/tersumbat
Kaitan antara ubat yang anda makan dan sakit dada memerlukan maklumat tambahan dari segi jenis/nama ubat dan sejarah kesihatan yang lain. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.