
Sulit
3 tahun
Sakit dada belah kiri setiap kali makan makanan berminyak. Usia 36 tahun, lelaki. Sudah berkahwin. Harap doktor boleh bantu saya
Salam doktor, saya berusia 36 tahun. Saya mempunyai masalah sakit dada belah kiri setiap kali makan makanan berminyak. Saya tak buat aktivii lasak pun. Adakah ini berkaitan dengan jantung saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah hempedu
- Radang pankreas
- Ulser perut
- Masalah ketidakhadaman
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.