
ainsyaktah
6 tahun
Sakit dada belah kiri
Assalamualaikum Dr. Saya berumur 22 tahun, dan saya perempuan. Dari January, saya rasa jantung saya bedebar debar. Saya check ke klinik, doktor bagi propranolol. Lepas tu dalam bulan 4 saya masuk wad sebab palpitation, sakit dada, nafas pendek dan tekanan darah 140/99. Saya ada buat appointment untuk holter dan echo,dan saya diminta tunggu Sehingga appointment tersebut iaitu 23/5. Sekrg dalam dua tiga minggu ini, lepas saya keluar wad, saya sakit dada belah kiri, rasa macam ada benda berat atas dada, bila saya nak bernafas saya rasa sakit macam kena tekan and picit. Bahagian belah kiri, macam tangan, tengkuk, kaki dan badan, rasa kebas dan sakit. Bila saya baring saya rasa sesak nafas dan dada saya rasa berat. Saya selalu rasa nak muntah dan rasa nak pitam, badan jadi ringan. Apa yang saya perasan, saya sangat cepat penat, walaupun masa tengah solat. Saya ada baca, ini tanda sakit jantung. Saya tahan sakit, sbb saya takut itu adalah simptom anxiety bukan masalah jantung. Tapi saya tak stress sangat dan saya boleh kawal stress saya. Lagipun saya tak ada sejarah family yang ada sakit jantung, saya berat 70kg dan tinggi 167cm dan di ketegori overweight. Perlu ke saya ke hospital, atau saya tunggu sahaja appointment tersebut, sbb saya takut, saya masih muda, doctor kat hospital lebih suspect saya ada masalah anxiety. Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda doktor yang yang menjalankan penyiasatan terhadap status kesihatan anda adalah lebih arif dan memenuhi penuh akan sejarah penyakit anda.Anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor jika ia merisaukan anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.