
Sulit
3 tahun
Sakit dada berdenyut
Saya wanita berumur 20 tahun. 2 minggu lps saya diserang gastrik yg agak teruk smpai sesak nafas. Tapi bila sesak nafas saya dh hilang and perut saya dh bertambah baik setelah ambil probiotic, dada saya pula terasa semakin sakit. Kdg2 ia berdenyut sangat. Dari belah kiri pada awalnya kini sudah dua2 belah. Dan kdg2 sakit juga di tengah dada… Saya agak runsing memikirkan ini, pada mulanya saya ingtkan gerd, tetapi bila sakit perut saya dh hilang setelah jaga makan, saya makin risau sbb dada saya bertambah sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, rasa sakit serta berdenyut di dada dapat disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya ialah:
- Pedih ulu hati yang disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma dan jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.